Minggu, 07 Oktober 2012

Kumpulan Sajak Indah

Terkedu
30-08-05, 09:51 PM
for the uninitiated..mesti ade kan one fine morning..ternampak satu sajak..and it really touches you..tak semestinya korang seorang penyajak..

ni aku start..satu sajak yg selalu bikin aku sayu hehe
If..by Rudyard Kiplings..

f you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you
If you can trust yourself when all men doubt you
But make allowance for their doubting too
If you can wait and not be tired by waiting
Or being lied about, don't deal in lies
Or being hated, don't give way to hating
And yet don't look too good, nor talk too wise

you can dream and not make dreams your master
If you can think and not make thoughts your aim
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools
Or watch the things you gave your life to, broken
And stoop and build 'em up with worn-out tools

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on!"

f you can talk with crowds and keep your virtue
Or walk with Kings, nor lose the common touch
If neither foes nor loving friends can hurt you
If all men count with you, but none too much
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run
Yours is the Earth and everything that's in it
And which is more, you'll be a Man, my son!
WINGS
01-09-05, 11:23 AM
mak aiii..Kipling...hehehe..

tabik beb...tinggi permainan ni..

ko follow ke Kipling's works..leh citer skit ttg karya karya beliau yg lain?
WINGS
06-09-05, 11:10 AM
Kipling ni yg tulis the Jungle Book kan?

kalu tak silap aku la..
hamka
01-11-05, 01:22 AM
Di Hari Persandinganmu

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
hamka
01-11-05, 03:00 PM
Biar Cinta itu Bermuara Dengan Sendirinya....



Kenapa tak pernah kau tambatkan.

perahumu di satu dermaga?

Padahal kulihat, bukan hanya satu.

pelabuhan tenang yang mahu menerima.

kehadiran kapalmu!



Kalau dulu memang pernah ada.

satu pelabuhan kecil, yang kemudian.

harus kau lupakan,

mengapa tak kau cari pelabuhan lain,

yang akan memberikan rasa damai yang lebih?



Seandainya kau mahu,

buka tirai di sanubarimu, dan kau akan tahu,

pelabuhan mana yang ingin kau singgahi untuk selamanya,

hingga pelabuhan itu jadi rumahmu,

rumah dan pelabuhan hatimu.
hamka
08-11-05, 01:37 AM
Things You Probably Never Knew or Thought About
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. At least 15 people in this world love you in some way.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't
like you.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. You mean the world to someone.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. If not for you, someone may not be living.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. You are special and unique.
Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Someone that you don't even know exists loves you.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkansesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akanmemperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.
Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

A Minute.
They say it takes a minute to find a special person, an hour to
appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them. Send this phrase to the people you'll never forget and remember to send it also to the person that sent it to you. It's a short message to let them know that you'll never forget them. If you don't send it to anyone, it means you're in a hurry and that you've forgot your friends. Take the time... to live and love. Send this letter to all the people you care about, Including the person who sent this to you. If you do so, You will certainly brighten someone's day and might change their perspective on life, for the better.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
hamka
08-11-05, 02:00 AM
cinta
cinta itu suatu yg murni
hanya mekar di hati yg sudi
ia mekar mewangi di sudut naluri ini

kadangkala iakan membahagiakan kita
kadangkala iakan mendukakan kita
hanya kita yang tahu perasaan sendiri
kerana diri ini yang memuja

cinta itu terlalu indah
buat mereka yang alpa dengan nya
namun cinta itu juga sebagai dorongan
cinta juga sebagai sahabat
menemani hati dikala sunyi

cinta sejati hanya satu dalam beribu
cinta tak boleh dijual beli
ia lahir dengan sendirinya

cinta ibarat mahkota
makin digilap makin berseri

cinta itu buta
tak mengenali apa itu bangsa
pangkat,darjat,agama mahupun usia

kadangkala cinta itu suatu bebanan
yang menyukarkan diri untuk memikulnya

namun cinta itu suatu realiti
kita perlu menempuhnya
apabila seruannya tiba
itu terpulang kepadaNya
hanya Dia yang menentukan
ketentuan hidup kita

jika cinta itu sejati
iakan kekal sepanjang hayat kita
cinta tak perlu dicari
kerana iakan ada selamanya dihati kita

Semalam mengungkitkan sejuta ingatan,
Semalam mengimbau kembali kenangan,
Pahit..
Manis..
Suka..
Duka..
Kecewa..
Bahagia..
Semuanya berbaur..
Hari-hari yang mendatang,
Tidak akan memberikan sebarang makna...
Jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Kini aku pasrah menyerah segalanya pada Yang Maha Esa..
Setelah puas aku berusaha..
Setelah puas aku mencuba untuk kesekian kalinya..
Aku tak mampu untuk meneruskan perjalanan hidup ini..
Biarlah aku membawa diri..
Membawa diri mengikut jalan hidup ku sendiri..
Menentukan arah tuju ku ini
Tanpa perlu aku berselindung lagi..
Tanpa perlu aku berpura-pura..
Bahawa aku bahagia
Bahawa aku ceria
Di dalam derita sengsara....
Pedihnya ku tanggung sendiri..
Seksanya ku rawati hati ini..
Tiada siapa yang tahu...
Ku menangis di malam hari..
Bertemankan bintang-bintang bergemerlapan..
Berkasihkan sang rembulan...


Ahhhhh.....
Kerana hidup ini tidak dapat memberi kegembiraan
Sampai diri kita sendiri menghendakinya...
Hidup ini hanya menyediakan waktu dan tempat,
Terserah pada kita untuk mengisinya..

A.K.U. R.I.N.D.U K.A.M.U
[buat yg masih ragu utk menyatakan rasa RINDU] - termasuk DIRIKU!


R.I.N.D.U
berjuta kali ku sebut kalimah itu
ku pahat kukuh dalam hatiku
agar kamu tahu betapa aku rindu!

K.A.M.U
sebaris nama bermain di bibir
sebujur wajah terlukis di mata
sekeping hati bertakhta di sanubari!

A.K.U
bimbang untuk meluahkan
betapa A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
bimbang hatimu kaku umpama kayu
bimbang perasaanmu keras umpama batu
tidak mengerti apa mahuku

A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
arghhh!!
bahagianya andai aku
punya kekuatan untuk memberitahumu
tapi lidahku tetap kelu
langkahku tetap kaku

A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
sungguh!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku tidak menipu!!
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
aku harap kamu tahu
A.K.U R.I.N.D.U K.A.M.U!!
selamanya aku merindu

Dengarkanlah...
Bisikan sang bayu yang menyapa telingamu
Sebuah kata-kata yang tak bersuara
Hanya deruan angin yang mengasyikan
Namun memberi makna yang tersirat

Dengarkanlah...
Irama lagu yang ku gubah buat mu
Menceritakan tentang segala
Agar dapat mengalunkan naluri mu
Bagi menyatukan hasrat sanubariku

Dengarkanlah...
Setiap degup jantungku
Yang sentiasa menyebut nama mu
Ini tanda cintaku telah bersemi
Hanya buatmu kasihku....

Dengarkanlah...

Hembusan bayu menyentuh wajah,
Umpama membelai seluruh jiwaku....

Haruman semerbak mawar merah,
Bagai menyelinap ke ruang khayalanku...

Terpancarnya seri warna pelangi,
Seakan terhiasnya senyuman di bibirku...

Keindahan bintang di ruang angkasa,
Seakan membuktikan gemerlapannya cintaku!



Duhai cinta...
Datanglah menghampiriku,
Usah pergi walau seketika,
Hidupku sunyi tanpa cinta,
Cinta yang tulus memberi kekuatan,
Pada diri yang memerlukan cinta...

Duhai cinta...
Tak akan ku benci pada cinta,
Walau cinta menyakitkan,
Aku mohon pada sang empunya cinta,
Agar direstu cinta yang didambar,
Biar kekal hingga keakhirnya...

Tatkala awan mendung
Guruh pun berdentum
Memalapkan langit
Yang tadinya cerah berseri

Hatiku pilu ditikam sendu
Bila kecewa menyapa lagi
Ku tak kuat untuk menempis
Hanya berserah dan pasrah

Tapi kini ku tahu
Semua hanyalah ujian
Dari Tuhan yang mencipta
Menguji akan kesetiaan

Oh Tuhan...
Berilah Nur Mu yang sakti
Agar bisa ku menyuluh kehidupan
Yang kian kelam dan pudar

Hanya padaMu ku merayu
Diberi kekuatan dan kesedaran
Biar hatiku cekal dan ampuh
Bagi mengaut semua dugaan

Cinta bukan sekadar didakap
Cinta bukan hanya dikucup
Cinta bukan untuk dijulang
Cinta bukan perlu dipuja

Cinta hadir membelai rasa
Cinta menyemarak perasaan istimewa
Cinta anugerah sang pencipta
Cinta memupuk perasaan kasih dan sayang

Kenali cinta dengan hati dan jiwa
Kenali cinta dengan ikhlas dan takwa
Agar diri tak kontang dan gersang
Agar hidup tak porak peranda
Agar bumi tak pincang dan musnah
Agar dunia tak sunyi dan sepi

Walau kecewa kerna cinta
Walau merana kerna cinta
Walau perpisahan itu jua kerna cinta

percayalah....

Cinta sebenar 'kan hadir bila dihayati dan dihargai akan kehadiran
cinta
Cinta agung 'kan memutik bila kita akur dengan cintaNya
Cinta sejati 'kan digapai bila kita tahu apa itu cinta!

Cintailah cinta, maka cinta akan menghidupkan cinta!

KERINDUAN

dirahasiakannya kagumnya pada panas matahari
dan nyata indah dari ia ungkapkan cinta itu menuju
pagi atau ke haribaan dunia malam.
mestikah kita menahan rindu kita masing-masing
walau dengan kata yang tak bersahabat lagi
ataukah kita harus membina saling diam kita
sampai akhirnya kita mabuk sendiri dengan keheningan ini
tidak, kita harus bicara!
apa sajalah, tentang pertengkaran kita kemarin
atau serpihan-serpihan rindu batin kita
yang kita rentangkan sepanjang trotoar

mestikah kita menahan rindu kita masing-masing
walau dengan senyum yang kita kaburkan definisinya
ataukah kita cukup saling hening menuju perapian
rindu masing-masing yang tidak sempat kita filekan di memori kita
sampai akhirnya kerinduan itu menjelma musuh
yang setiap saat siap mengganggu tidur kita
atau cukup kita biarkan saja, serpihan rindu kita
berjalan sendiri-sendiri menuju pagi, menuju malam
dan sampai ke muara.
Mari kita tunggu sampai kelelahan kita berhenti bicara
kerinduan itu!
hamka
08-11-05, 02:59 AM
MADAH CINTA PENYAIR

Ku ucapkan selamat tinggal kepada semua
Dan juga sedikit luahan rasa duka…
kepada penyair PUISI CINTA
pengarang PUISI CINTA
penulis PUISI CINTA
penyajak SAJAK CINTA
Peminat PUISI CINTA
Pemgumpul MADAH CINTA…
dimana sahaja mereka berada.

Yang sedang tidur
Yang sedang lelah
Yang sedang sakit
Yang sedang coma
Atau yang sudah mati!

Mati kerana ketakutan
Mati kerana kesibukan
Mati kerana menyembunyikan diri
Mati kerana melarikan diri
Dari kemanusian….
kejujuran dan keluhuran
dan…
dari PUISI CINTA!

Wednesday, July 06, 2005
Puisi Cinta Perjalanan

Kadang2...
setelah berjalan begitu jauh
kita pun merasa begitu lelah
lalu...
kita berhenti sebentar
sambil menoleh kebelakang
untuk melihat bekas langkah perjalanan kita.

Disebuah tanah lapang yang luas
cahaya mentari begitu ganas membakar kulit kita
dan kita maseh berdiri dengan tegaknya
lalu kita pun mendonggakkan kepala kita keatas
ingin sahaja kita bertanya...
mengapa sang awan maseh berarak dengan megahnya?
bilakah sang hujan akan turun dengan lebatnya..?
siapa tahu..?

Cuaca maseh begitu juga
dan kemudian...
dengan langkah berat
kita teruskan perjalanan kita
pada sebuah tanah lapang yang luas
yang tiada penghujungnya
dan tiada siapa yang tahu kesudahannya...

DIA DATANG

Dia datang!
Berdetak jantung ku
Bukan karena perasaan cinta
Atau,
Getaran hati
Tapi ketakutan yang mendalam
Mendengar langkah kaki
Gantungan kunci
Atau pintu terbuka
Sudah membuatku ketakutan
Betapa ku kenal ciri itu
Dia seorang atasan otoriter
Dengan tatapan kosong penuh arti
Arti kemarahan
Dan tak bersahabat
Bertahun-tahun bekerjasama
Tak tampak merubah keadaan
Tampak membenci
Dan tak suka
Dia datang!
Menghentakan lamunanku
Meminta bantuan ku
Dengan ciri khasnya
Membentak. memaki
Diam. Berteriak
Bahkan mengancam
Membuat trauma yang dalam
Membuat ku bergetar
Membuat ku panas dingin
Membuat ku membisu
Membuat ku k e t a k u t a n
Ach.
Suara itu masuk ke dalam mimpiku
Mengusik mimpi indah ku
Membuyarkan kenyamanan tidurku
Dia datang
Dengan tatapan ganas
Kiranya dia membutuhkan bantuanku
Tangannya di kepal
Di taruhnya di saku celananya
Bajunya berantakan
Dengan celana kedodoran
Aku takut
Takut menatap tatapannya
Lidahku kelu
Berkata padanya
Ya Tuhan
Makhluk apa ini
Yang kau ciptakan sama denganku
Namun.
Apakah kau lupa menaruh kan mata hati padanya.
Menyelipkan roh pada tubuhnya
Memberikan sedikit senyuman di bibirnya
Membuatnya terlihat seperti robot
Buatan negerinya
Sudah yah.
Dia datang!
Aku takut
Kakiku gemetar
Dadaku berdetak kencang
Darahku berdesir keras
Biar nanti ku teruskan lagi
Cerita ini
Membagi k e t a k u t a n ini
Bersama m u

Kerinduan
Ditiap detak nafasku
Tersimpan kerinduan yg mendalam
Ditiap hentak jari jariku ini
Tersimpan kata kata indah yg dulu pernah ada
Punggung tangan ini
Tersimpan kecupan lembut yg dulu diberikan
Pinggang ini
Tersimpan rengkuhan hangat yg dulu diberikan
Andai saja bulan dapat dijadikan matahari
Kasih mu pasti masih terus membara dalam jiwaku
Andai saja cahaya matahari terpencar menjadi kilauan bintang
Cinta mu pasti selalu menglingkari langkah ragaku
Jantung ini berdetak cepat
Berlari dalam ribuan km
Ingin rasanya menyentuh bibirmu lagi
Ingin rasanya ada dalam pelukan hatimu lagi
Ingin rasanya merasakan kembali detak heningmu ketika bertautan dalam
senduku
Senyum manis yg selalu ada ditiap fajar datang
Senyum kemenangan yg selalu ada ditiap mata ini terbuka
Kini kurasakan betapa merindunya aku padamu
Betapa dalamnya cinta yg dulu ada
Betapa.. betapa.. betapa..
Sesal membuatku bergolak
Kerinduan yg mendalam berada dalam puncaknya
Air bening ini mengalir dari muaranya
Bersembah untuk mengakhirinya
Dan menjabatmu lagi
Menyatukan lagi cercahan hati yg terpencar dalam badai
Sayang, datanglah malam ini walau hanya dalam anganku
Sayang, anggukkanlah kepalamu hanya untuk ku
Jadilah bagian dari nafas hidupku lagi.......
lanji
19-11-05, 01:48 AM
ini hadir satu nukilan
nukilan dari hati yang ikhlas
yang hadir dari jiwa yang sunyi
kekosongan dan ingin diisi

aku bukan meminta
dan juga bukan mahu
akan kekosongan yang hadir
dalam jiwa yang semakin pilu ini

tatkala aku merenung
ada ketika aku berfikir
pernah juga aku keliru
mengapa aku begini

kini dan selamanya
bersaksikan apa yang ada
jiwa ini nekad
menepis segala halangan

bangga bukan megah
jiwa sudah terisi
timbul rasa di fikiran
adakah sesuatu kembali lagi?
situmorang
24-11-05, 11:42 AM
Pada bicara luka itu
Terletak satu noda yang curiga
Di manakah sebenarnya penamat
Sandiwara yang jauh antara batasan
Yang benar itu di belakang mereka
Gelora lama hanya memapah hiba
Kini membawa langkah sendiri
Ternyata rentaknya masih sama
Mereka hanyut di dalam dunia pura
Mengaku bahagia sedangkan kecewa
Kenapa mereka begitu?
Hati mereka sebenarnya satu
Jiwa mereka telah lama berpaut
Cuma kerana bicara luka
Ada rahsia yang mereka simpan
Sampai bila
Temukanlah mereka sekali lagi
Ingin sekali melihat mata mereka
Adakah sinar bahagia
Ataupun sinar kecewa
Akan datang menganggu layar
NID
24-11-05, 05:19 PM
Kehidupan ini bagai diambang penderitaan...
Yang tidak mampu untuk aku tempuhi...
Andai diri ini tidak bertemankan...
Insan yang bernama kekasih...

Kehidupan ini umpama penantian...
Yang belum pasti dapat aku lalui....
Andai setiap langkahku tiada...
Tatihan seorang kawan....

Kehidupan ini di alam kesengsaraan...
Yang sukar untuk ku ungkapkan.....
Andai setiap perjalanan yang ku ukir....
Tiada restu ibubapa....

Kehidupan ini ibarat syurga bagiku....
Yang tak mampu aku gambarkan....
Andai setiap usaha.....
Disulami dengan keyakinan yang menggunung.....
Bersuterakan suara halus yang.....
Disatukan menjadi....
Secebis doa keberkatan....

Kehidupan ini adalah sementara bagiku....
Tempat persinggahan ....
Dan kehidupan abadi .....
Hanya menjengukku....
Sesekali....
NID
24-11-05, 05:21 PM
di sepi begini..
aku sendiri lagi..
mengenang pemergian mu kasih..

kau telah memungkiri segala janji..
yang pernah kita pateri..
untuk sehidup semati..

pergimu tak berpesan..
tinggal aku sendirian..
diri kini bagai disempadan..
antara mati dan kehidupan..

ku harap sinar kasihku dulu..
kan bawa kau kembali disisiku..
menyubur kembali pohon cinta kita..
yang layu dan nanti rapuh..
NID
24-11-05, 05:24 PM
Cinta bermula dari kehidupan
Tanpa kehidupan tiada cinta

Cinta itu terlalu indah
Kehidupan itu amat bahagia

Cinta tak mungkin wujud
tanpa kehidupan
Kehidupan tak mungkin bahagia
tanpa cinta

karena itu
Carilah cinta dalam kehidupan
Kerana cinta dan kehidupan
Saling memerlukan.
NID
24-11-05, 05:38 PM
Cinta ini tidak ada perlabuhannya
tiada dataran untuknya melayahkan sayap
kerana cinta ini tidak pernah diundang
malah tidak juga dirancang saat ketibaannya.
Namun kenapa semudah itu
alasan tercatat melepaskan cinta?

Aku cuma punya cinta yang satu itu
telah ku berikan pada mu
tanpa sempadan.. tanpa syarat dan larangan
ketika ku ucapkan
telah ku sandarkan harapan
melalui izinNYA ku berikan cinta
namun semudah itu di lupakan.

Kembali aku di sini
ingin bertanya
di mana cinta ku kau tinggalkan?
tercicir...?
di mana?...
anggur69
25-11-05, 10:08 AM
Aku nak confess, setelah aku baca semua puisi diatas, tetiba aku terkencing dalam seluar sendiri...punyalah puitis dan syahdu.

Bravo...
chinoz
03-01-06, 12:32 PM
MY PAIN
*******
every night & everyday my heart still feels the pain,
when i wake up all i could think of is your name,
everyday i've to learn how to let go,
but do you know , it's the hardest thing to do,

this is so hard to explain,
as you don't feel my pain,
maybe you might think i am so insane,
maybe i'm the only one to blame,

as time goes by, i am still asking why?
why am i still wasting my time to cry,
why am i still bother to write,
and why am i still bother to reply??

i guess no one would ever feel my pain,
i guess i'll keep expressing myself by writting
poems.......
chinoz
03-01-06, 12:34 PM
That Moment
*************

when that moment comes,
I feel weak and shivering,
when that moment is here,
i become lost and wondering,

when that moment arrives,
i see tears in my eyes,
when that moment strikes,
my heart beating so fast inside,

oh gosh, please help me,
as i am so afraid to see,
when that moment come to me,
which i didn't expect it will be,

That moment will be....
when you start ignoring me,
without listening to me,
for all the reason behind all this,

for once i thought we were true friend,
for once i thought you would understand....
chinoz
03-01-06, 12:38 PM
First Love
*******
I wish it'd lasted forever,
but I know better
first love is first love
it ends, life goes on.

The first time of everything
the first 'hug',
the first 'kiss',
the late night 'talks',
O yea! and the late night 'walks
but it ends
oh well life goes on!

It may be hard,
but it ain't impossible,
so get over it!
and yea....move on!
chinoz
03-01-06, 08:35 PM
My Wish
******
I wish I had said,
Your beauty is like a light,
And I am drawn to it,
Fluttering by its flame,
I wish I had said,
Your body is to die for,
And I long to be martyred,
Yes I wish I had said,
Your smile melts my heart,
Leaving only your warmth,
Oh how I wish I had said,
Your translucent eyes,
Send your sole to my heart,
Forcing it to beat again,
Yes thats what I wish Id said,
But like a coward,
All I said was,
Hello with a smile,
chinoz
03-01-06, 08:37 PM
My Love
******
The day i saw u in the
browsing center browsing the net,
i wanted to enter into ur site........,
My life is full of bugs
and i think u r the debugger.........
who can clean me up...... !
u r not only beautiful by ur face,
but even ur activx controls are good,
this includes ur input and output ports......!
but u r even good by ur heart......!
i have seen that in u........
dont worry about the firewall
created by my parents,
i am an master programmer
and so can hack through
the firewall created,
by my parents.........!
i hope ur database is not full and soon,
i am expecting an message...
all this just to tell u
how much i love u.
chinoz
03-01-06, 08:38 PM
Days
****
My greetings for you:
Great start for Monday,
No obstacles for Tuesday,
No stress for Wednesday,
Take care for Thursday,
Smile for Friday,
Enjoy for Saturday,
And
Miss you for Sunday,
Have a beautiful week!!!!!
chinoz
03-01-06, 08:40 PM
My Question????
*************

"What is true love anyway? Does everyone experience it? Does love make you cry? Some say you'll know when you find it. You'll feel like a little kid in a candy store. You'll feel that fluttery feeling in you're stomach. Is true love honesty, passion, respect, trust? Is it all those things and more? Is "love " a very emotional word? Is true love such a strong emotion that it hits you like a train breaks through the wind. Everyone says be patient, true love will happen. Do we have to wait for it? Or can we go find it? If we leave, will love follow us? Does true love make you feel special? Is it a feeling that everyone would want to feel? Is true love the most greatest feeling one can experience? What is true love anyway?"
chinoz
10-01-06, 02:38 AM
Your Name
********
I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay
Ever after, till death apart us.
chinoz
10-01-06, 02:42 AM
For My Best Friend
***************

If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue

If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone

If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me

I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there
gengjahat
13-01-06, 11:02 AM
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

Aku Pun Tak Tahu

Ada apa dengan kehidupan ini,
apa saja yang ku ingin semua nya di tolak,
apa yang sudah terjadi dengan insan,
yang selalu ku dampingi,yang selalu ku kasihi,
tapi tak siapa yang tahu perasaan ini,
apa tah lagi menggambil berat diri ku ini,
adakah kehidupan ini semuanya sempurna?
atau saja insan ini di pinggirkan?
aku pasrah dengan ilahi,
hanya engkau saja yang dapat ku luahkan hati ini,
dan hanya kau lah tempat ku berteduh,
aku pohon dengan mu supayah hati ini disayangi,
disanjungi dan di hargai,
oleh semua insan di dunia ini.

Tragedi Sadisme

Kerana dia begitu popular
jua luas pergaulan sosialnya
dia ramai teman-teman
disenangi dan diminati
ramai yang memuji
ramai yang jatuh hati
ramai yang menyayangi
ramai yang diam-diam menyintai
namun tak kurang juga yang iri
ramai yang dengki
ramai yang mendendami
sehingga menjadi suatu tragedi....

Kerana dia si cantik manis
begitu popular dan memikat
pasti jua ingin disayangi
akhirnya jatuh dalam kemelut cinta
bukan lagi cinta tiga segi
tetapi cinta yang bersegi-segi
rumit dan penuh konflik
ada peristiwa disebaliknya
tak disedari rakan dan keluarga
kerana dia pandai menyimpan rahsia...

Siapa sangka si gadis manis
popular dan menawan hati
penghujung hidupnya menyayat hati
terjebak dalam suatu peristiwa ngeri
menggegarkan trauma suatu negara
menjadi mangsa dendam dan kerakusan
terpaksa menjadi korban
kerana ada orang yg sanggup mengorbankannya
demi mencapai hajat di hati
bersalut api dendam dan berahi

Kerana cinta
manusia sanggup melakukan apa saja
kerana dendam
manusia sanggup jadi pembunuh
walau menggadai nyawa insan tersayang

"Jika aku tidak dapat memiliki kau...
orang lain pun tidak akan dapat memiliki kau..."

Siapa sangka ia berakhir begini
tragedi akhir tahun yg begitu sadis sekali
meninggalkan trauma pada mereka yg rapat dengannya
mereka yang sayang padanya
mereka yang merupakan insan-insan yg pernah dikasihinya
dan mereka yang mengikuti perkembangan peristiwa

Namun
segala puncanya masih andaian
biarkan pihak berkuasa menyiasat rapi
jangan dibuat spekulasi sendiri
kasihanilah pada kaum keluarganya
yg pasti lebih menanggung derita kehilangannya

Pasti suatu masa
semuanya akan terjawab
pihak berkuasa akan membongkar segala
pasti ia sesuatu yang mengejutkan
pendedahan......
suatu tragedi sadisme paling menggemparkan!


~Jadikan tragedi ini sebagai renungan...~
lalalocca_cute
22-03-06, 08:40 AM
WANITA DISEBALIK PENYAMARAN

Ada seorang wanita
Yang selalu melintas di sini
Langkah selalu yakin
Rentak kakinya tampak Tegas

Wanita di sebalik kerudung itu
Sengaja membiarkan helain rambutnya
Ditiup angin sayu

Aku sedih melihat
Gagahnya dalam penyamaran
Wataknya yang penangis
Dia rela menjadi penipu
Dalam Dirinya sendiri

Dia lebih rela mendamba
Dalam pendiriannya
Aku gemar melihat reaksi sebegitu

Kerana aku sedar
Aku juga sama seperti wanita itu
Kami sama-sama dalam penyamaran
Yang tiada kesudahan
gadizthestrange
16-06-06, 05:06 PM
If you're still alive, under the sea,
I'll cut off both my legs and become a fish.
If you come close enough for me to fall into the depths,
I'll become a shadow, wandering the endless darkness.

Entrancingly drifting in the air, my shimmering haze,
I only remembered the days that weren't granted to us.
You're not here.
I know that. I know that.

Rising, rising, the sun
Purifies this place.
The seal carved in blue
Is stolen away by the warm, warm wind.

If these words ever reach you,
I'll take my living body and throw it away.

As present and a gift that has erased my vivid wounds
Your warmth that steals everything -
I longed for them, I searched for them
Even though they're illusions.

Vanishing, vanishing, your warmth
Follows me to this place.
Your arms that could wipe away even punishment
I want to sleep embracing them.
The seal carved in blue
Is stolen away by the warm, warm wind.

The splinters of memories are rotting away.
The piercings that fill me aren't enough.
I'm forgetting - it's blurring
Your voice disappears in the noise.

They're rotting, they're shedding
The piercings that fill me aren't enough.
Without leaving a trace
I'm forgetting
Your voice is becoming noise.
tunteja
23-06-06, 11:58 PM
Sayang..
Dalam pertemuan singkat itu
Kita menjalin kasih
Kasih yang datang dengan sendiri
Kasih yang luhur..mungkin..
Ini adalah suratan dan ketentuannya
Tapi bagiku ia adalah suatu dugaan
Yang benar-benar menguji hati dan perasaan..

Sayang.
Ku ingin berteman denganmu..
Menjalin kasih yang direstu
Bersama rindu
Dan seribu harapan
Bisakah itu?

Sayang,
Hadir dirimu bersama kasih yang luhur
Bersama perasaan yang di kubur
Kerana kau tidak pasti
Apakah kesudahan cerita kita ini nanti

Sayang
Sungguh ku tidak tahu
Penyudah cerita kita ini
Bagiku
Biarlah ia tiada berpenghujung
Kerana hati ini pasti sayu dan layu
Jika sesuatu menimpa dirimu


Sayang,
Ku sedar, kasih yang terjalin ini umpama mimpi
Tiada apa yang pasti mengikatnya
Tapi ku tahu ia utuh
Kerana kasih ini suci
Dan ia dizahirkan tanpa dipaksa
Dan kita rela

Sayang
Walaupun kesempatan kudus ini hanya sementara
Tapi ku ingin ia terus kekal bertapak di hati ini
Ketahuilah
Bahawa diri ini tersangat sayang padamu…

City of Angels:Mac,2006
mambang
06-07-06, 08:09 PM
Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah..
GypsyLady
13-07-06, 08:57 PM
Abang...


Abang...
Pertama kali ku tatap wajahmu,
Aku getar..
Getar yang menusuk dikalbu ku..
Saat itu, hanya suara mu yang bisa melunakkan mimpiku..
Meskipun tawa mu itu nampak bahagia..
Mengapa hening mata itu bersalut duka?
Andainya kau pernah terluka dan berduka...
Izinkan aku mengubatinya...
Izinkan aku membalutnya...
Kasih sayang ku pada mu tak pernah di paksa
Dan bukan juga paksaan..
Ia juga bukan simpati...
Mengertilah ..semuanya bukan kemahuan fikiran..
Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi...
Biarpun bayang duka merantai hidup...
tapi aku tetap rela..
Rela....Menyayangi Mu....
GypsyLady
13-07-06, 09:08 PM
When U Love Someone


If You Love Someone
Put Thier Name In A Circle
Instead Of A Heart..
Because Hearts Can Break
But Circles Go On Forever...

It May Take Only A Minute To Like Someone
Only An Hour To Have A Crush On Someone
And Only A Day To Love Someone
But It Will Take A Lifetime To Forget Someone..
fariq69
06-08-06, 03:20 AM
dalam deru angin suaramu gemersik,
seperti bayu mendamaikan kecelaruan hatiku,
tidakkah dirimu itu bulan?
menerangi kegelapan malam,
ataukah dirimu itu bintang?
menjadi petunjuk pelayar dilautan terbentang..
Wahai kasih,
terangilah hatiku,
yg suram dan kelam tanpa dirimu,
muncullah dan terangilah diriku,
bagai mentari muncul menerangi alam...
fariq69
13-08-06, 03:17 AM
Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar
Semua menganggap dirinyalah yang terbaik
yang paling penting
yang paling bermanfaat
yang paling disukai

HIJAU berkata:

"Jelas akulah yang terpenting.
Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.
Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan
dedaunan.
Tanpa aku, semua hewan akan mati.
Lihatlah ke pedesaan, aku adalah warna mayoritas..."


BIRU menginterupsi:

"Kamu hanya berpikir tentang bumi,
pertimbangkanlah langit dan samudra luas.
Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan
awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.
Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan.
Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi
apa-apa"


KUNING cekikikan:

"Kalian semua serius amat sih?
Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi
dunia.
Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna
kuning.
Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia
mulai tersenyum.
Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."


ORANYE menyusul dengan meniupkan trompetnya:

"Aku adalah warna kesehatan dan kekuatan.
Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi
kebutuhan kehidupan
manusia.
Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah
wortel, labu,
jeruk, mangga dan pepaya.
Aku tidak ada dimana-mana setiap saat,
tetapi aku mengisi lazuardi saat fajar atau saat
matahari terbenam.
Keindahankubegitu menakjubkan hingga tak seorangpun
dari kalian
akan terbetik di pikiran orang."


MERAH tidak bisa diam lebih lama dan berteriak:
"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah
kehidupan!
Aku adalah warna bahaya dan keberanian.
Aku berani untuk bertempur demi suatu kausa.
Aku membawa api ke dalam darah.
Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.
Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah,
poinsentia dan bunga
poppy."


UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:
Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan.
"Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan.
Raja, Pemimpin dan para
Uskup memilih aku sebagai pertanda otoritas dan
kebijaksanaan.
Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan
menuruti
kehendakku."


Akhirnya NILA berbicara lebih pelan dari yang lainnya,
namun dengan
kekuatan niat yang sama:

"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam.
Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku
kalian semua menjadi
dangkal.
Aku merepresentasikan pemikiran dan refleksi, matahari
terbenam dan
kedalaman laut.
Kalian membutuhkan aku untuk keseimbangan dan kontras,
untuk doa dan
ketentraman batin."

Jadi, semua warna terus menyombongkan diri,
masing-masing yakin akan superioritas dirinya.
Perdebatan mereka menjadi semakin keras.
Tiba-tiba, sinar halilitar melintas membutakan.
Guruh menggelegar.
Hujan mulai turun tanpa ampun.
Warna-warna bersedeku
bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari
ketenangan.


Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:

"WARNA-WARNA TOLOL, kalian bertengkar satu sama lain,
masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah
kalian
tahu bahwa kalian masing-masing diciptakan untuk
tujuan khusus,
unik dan berbeda?

Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan
mendekati
hujan, yang kemudian berkata:

"Mulai sekarang, setiap kali hujan mengguyur,
masing-masing dari kalian akan membusurkan diri
sepanjang langit bagai
busur warna sebagai pengingat bahwa kalian semua dapat
hidup bersama
dalam kedamaian.


Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."
Jadi, setiap kali HUJAN deras menotok membasahi dunia,
dan saat

Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita
MENGINGAT untuk selalu
MENGHARGAI satu sama lain.
MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK
KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN
DI DUNIA
DAN SAAT KITA MENYADARI PEMBERIAN ITU, LEWAT KEKUATAN
VISI KITA,
KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN
....


Persahabatan itu bagaikan pelangi:

Merah bagaikan buah apel, terasa manis di dalamnya.
Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah
padam.
Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.
Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.
Biru bagaikan air jernih alami.
Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.
Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi
kalbu.
fariq69
14-08-06, 12:32 AM
keheningan malam yg bening sering membuat hatiku tertanya..
tentang kisah hati antara kau dan aku..
tentang impian yg ingin kita gapai bersama..
didalam dunia cinta yg kita rajai bersama..
sudah sirna kah cintamu terhadapku?
sehingga bulan pun malap tiada bercahaya..
hempasan ombak mengingatkan aku..
tentang janji yg tertunai..
tentang persoalan cinta yg belum terungkai..
tentang bicara hati kau dan aku yg samar2 diufuk lautan..
sirnakah cinta dihempas ombak?
sirnakah kasih ditelan badai?
atau dirimu sebenarnya hanya berpura..
umpama bayu lembut mendamaikan..
bila cuba disentuh, hilang tiada jejak..
begitukah cintamu?
meninggalkan diriku terkapar kesorangan..
duhai malam..
biarlah mimpi ini berlalu..
unprotected
17-08-06, 06:53 PM
diri ini


daku tenggelam dalam lautan manusia
mencari erti sejati
mencari erti kejujuran
mencari segala yang boleh mengungkapkan
sebuah perkataan
Cinta Sejati
Sahabat Sejati
Segala yang sejati

ku temui itu dalam dirimu
ku bersyukur
walaupun ditelan dalam hutan konkrit
tenggelam dalam lautan manusia
dirimu datang dalam segala yg kesucian
menghulurkan tanganmu
menggapai tanganku yg hampir tenggelam
terima kasih sayang
terima kasih sahabat
keranamu
diri ini masih hiduo
semangat ini masih mengharap
impian masih bernyawa
terima kasih
cahaya80
21-08-06, 03:11 AM
Bicara hatiku…

Dengar khabar dr ibu
Khabar setiap waris hidupku
Begitu indah begitu bahagia
Terdiam seketika..
Ada sekelumit cemburu di situ…
Hairan…
Di mana silap langkahku dr seawal dulu
Apa punca kemudiku menuju ke sini
Kufikir dan cuba kufikirkan lagi
Salah ibukah
Salah ayahkah
Salah akukah
Atau ini semua suratan nasibkah
Segala kedukaan hati sedahulu hanya rahsia yg akan kutelan
Tapi hati ini meronta dan bertanya
Mengapa tiada bahagia buatku
Tiada jalan yang memungkinkan utkku
Wahai tuhan..
Kudoakan kepadamu saban hari
Tiada lebih yang kuinginkan dr hidup ini
Bahagiakan hidupku seperti yang lain
Hanya di sini aku mampu berkata
Bicara hatiku… yang berduka…
GypsyLady
26-08-06, 09:35 PM
Sayang..

Puas ku kikis nama mu dari ingatan ku..
Lelah jasadku dek ingatan pada mu..
Berkali kali ku ulang pada diri ku
Aku seorang yg tak tahu malu..
Tak tahu malu untuk menyatakan...
kasih sayang ku pada mu..

Sayang..
bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku..
kalbu ku dan jiwa ku..
Aku keliru.. sesak sudah nafas ku...
Tapi itu adalah kenyataannya..

Mengertilah Sayang..
Semuanya bukan kemahuan fikiran dan ingatan ku..
Impian dan ingatan terhadap mu sukar diusir pergi
Biarpun bayang duka merantai hidup ini..
Tapi aku tetap rela..
Rela dengan pendirian ku ini..

Aku Sayang pada Mu...
mambang
31-08-06, 01:24 AM
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta…
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira…

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
GypsyLady
17-09-06, 08:02 AM
Di Hujung Rindu


Terbelenggu aku dalam sepi
Mencari erti disebalik hadir mu
Terpendam gelora asmara

Terbiar aku sendiri
Mengenangkan cinta yang pasti
Akan
Menjadi racun kepada diri mu dan diri ku
Yang masih luka

Tapi mengapa
Engkau hadir dalam resahku
Bagai Sungai
Masih terus mengalir

Di Hujungnya berbuih rindu
Yang telah engkau dambakan
Terpenjara aku di sini
Bersama deburan kasih mu

Yang telah terjaring
Di sudut memori
Aku tak bisa menghindari

Walau pun aku sendiri
kau bukan miliku
Tapi rindu ku tetap padamu
Selamanya......
GypsyLady
17-09-06, 08:09 AM
Di Ruang Rindu


Telah ku cuba
Mengekori langkah mu
Namu ku bagai
Kebingungan harapan
Menyingkap malam
Bicaraku yang hilang
Pengertian

Berikan daku kesempatan
Berhenti
Di Perbatasan sebuah
Ketenangan
Membilang hari dalam impian

Kepastian cinta
Mewarnakan kenyataan
menjadi Indah

Akukah yang dingin
Bila hujan mencurah kasih
Mungkin kau mengalir
Dalam ilusi sebuah mimpi
Satu pengalaman
Seorang musafir yang menemukan
Dirinya di ruang rindu...

Kiniku cuba mengisikan makna mu
Di Lembah waktu
Sejarah pengorbanan
Sebuah Cinta Penuh Misteri
GypsyLady
17-09-06, 08:18 AM
Sewaktu Aku Merindui Mu


Sewaktu aku merindui mu
Laut tidak sebiru dulu
Bahtera cinta yang terbiar
Kerana mu

Sewaktu aku merindu mu
Airmata di lubuk hati
Membasuh derita begini
Terseksalah diri ini

Apa yang pernah kau katakan
Rakus mencakar ingatan
Curahan jiwa rasa
Leka dalam manis berbicara
Ku merana

Sewaktu aku merindu mu
Cinta ku masih kepada mu
Apakah engkau ku temui
Atau Tidak Ku Miliki....
GypsyLady
17-09-06, 08:27 AM
Aku, Kau Dan Kita


Kita masih jauh
Walau hakikatnya bersama
Bersatu tapi tak sekata
Menangis dalam tertawa

Kitakah yang bersalah
Membelengu cinta kita
Mengalir tanpa alurnya
Terhukum tanpa bicara

Kita tuliskan cinta kita
Dengan tinta yang sama
Tetapi berlainan warnanya

Kita pohonkan doa
Pada yang Esa
Namun hasrat kita berbeza

Hingga tidak kita sedari
Kasih sayang yang hakiki
Kita rendamkan di hati

Kita masih jauh
Dari hakikat bahagia
Seia tapi tak sekata
Di Manakah Kesudahanya...
srinaga
30-09-06, 03:33 AM
desahmu, desahmu....
aku suka suaramu...
ada getaran saat itu, datang menyelinap.

kekasih,
aku rindu kamu...
tapi ada sesuatu asa menghalangiku
takut luka yang terdalam

luka saat lalu masih membekas
setegar hati leo sang hutan rimba
aku tidak bisa mengalahkannya .

desahmu, sayupmu ....
ingin aku miliki
masih bolehkah ?

perjalananku seperti tidak berpijak
termenung pikiranku padamu
menunggu rindu datang
menunggu kekasih dambaan hati

aku berharap nyata
kau merasakan
seperti rindu yang kurasakan
saat ini
detik ini


srinaga2005@yahoo.com
srinaga
30-09-06, 03:37 AM
ingin kukumpulkan awan putih di angkasa
ku tiupkan dengan segenap rasaku

aku terbuai sudah,
khayalan yang kuharap nyata
termenung aku, di keangkuhan malam
menatap kaca dan berjalan mencari jejaknya.
sedang apa kau saat ini, sayang.....

aku sungguh menyukaimu
kulepaskan asa dalam dada
kuteguhkan dalam hatiku,
bahwa suatu hari, apapun yang terjadi
ku akan menempuhnya, walau tersiksa
di sepanjang umurku, menyesali......

aku, seorang yang lemah....
dapatkah menembus jantungmu,

kekasih.....
kemanakah hatimu kalau kau sedang sendiri,
melamunkan diriku kah ?

kekasih....
ajaklah aku di khayalmu ..
sehingga terurai keraguanmu
keraguanmu....padaku.


srinaga2005@yahoo.com
srinaga
30-09-06, 03:41 AM
aku cuma bisa berdoa,
aku cuma bisa berdoa ,
lalu berharap

aku telah tersentuh
butiran mutiara yang dinamakan cinta
aku telah tenggelam basah
rasanya jauh dan tambah basah

aku tetap pada pendirianku,
mengejarmu,
tapi sekarang,
aku cuma bisa berdoa
berdoa
berdoa
srinaga
30-09-06, 03:45 AM
AKU SEPERTI PUTRI RAPUNZEL

perjodohan yang panjang.....
tetap akan kunanti
aku seperti putri rapunzel
yang terkurung dalam istana,
tetapi sangat disedihkan,
rapunzelku berambut pendek

hanya bisa menatap
dari balik jeruji
ketika pangeranku
menghampiri istanaku
dan hanya hembusan napasku
" kita tidak berjodoh bertemu "

kekasihku,
tahukah kau ?
setiap malam, sebelum aku terlelap
ku hela napas untukmu
ku bayangkan dirimu

ku ingin kau tahu,
ku ingin kau rasa
ku ingin kau mengerti

inilah aku .........


srinaga2005@yahoo.com
mambang
07-10-06, 11:52 AM
Kujabat mesra tangan ayah
urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang disisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang
Gurindam Alam, 1994.
Keira Chan
29-10-06, 04:57 PM
dalam samar kurenung masa silamku
selautan kisah lalu
masih segar dalam ingatanku
ombaknya masih memukul manja
bagaikan tidak pernah meninggalkanku

pahit kisah lalu
juga kemanisan yang pernah
sama-sama kita nikmati
perginya tak pernah ku tangisi
cuma rintih di hati ini
terkadang keliru aku

paling kugemar tika bersamamu
minum secangkir cuma
topiknya luas berdepa
sama-sama kita kembara
kisah benar dusta
fantasi realiti

ranjang yang pernah sama-sama kita kongsi
sudah reput, rapuh
namun kenangan itu masih segar
masih nikmatnya ku rasa

kisah silam kita
yang manis
yang pahit
sinarnya masih memikat
memujuk ku kembali
namun ku kuat semangat ini
tekad ku
janjiku perlu ku kota

dan kerna itu
perginya tidak pernah kutangisi
dan tak mungkin kuraungi
ku rela kisah itu pergi
berlalu bersama bayu yang lalu
biar ombak bermanja
tapi tekad ku tetap
takkan ku kembali

kenangan datang dan pergi
aku tetap di sini
bila-bila ku terimbas kisah lalu
senyum memanjang ke pipi
pahit manis kenangan kita
akan tetap kurenung dalam samar

selamat tinggal memori
ku masih merenung mu
dalam samar ku tersenyum
GypsyLady
08-11-06, 11:18 PM
Selagi angin berhembus
Selagi itulah akan ku bisik kerinduan ini..

Cinta itu amat sukar di mengerti
walaupun sudah bersatu hati

Bila kegirangan singgah dihati
Kesepian terus berlalu pergi
Bibir tidak perlu berkata
Bila hati sudah mula bersuara

Rindu Ku umpama ombak
Yang tak pernah berhenti
Kasi mu bagaikan pantai
Yang setia menanti

Kasih Sayang kita tak pernah layu
Kerna ia sentiasa dibawa angin lalu

Ingin ku Ucap selamat malam
Agar mimpi ku jadi mainan tidur mu..
monteroX
09-11-06, 02:08 PM
Sajak nie mmg betul2 touching la... aku dpt dr email siap ngan pictures which shows a thousand words....


DEAR SON, DEAR DAUGHTER....


The day when you will find that I became very old ,
try to have some patience to me and try to understand me.

If I get dirty by eating …
If I have some difficulty dressing… be patient!
Remember the hours that I spent to learn you any sorts
of things when you were small.

If I repeat the same thing dozens of time, does not interrupt me!
Listen to me!
When you were small, you kept asking me to read you the same history,
evening after evening, until you fall asleep. And I made it !

If I do not wash myself any more so often under the shower,
do not reprimand and do not tell me that it is a shame.
Remember how many excuses I had to invent to
make you take a bath you were small.

By seeing my ignorance towards the new technologies,
do not laugh of me but leave me rather the time to understand,
I taught you so many things indeed to eat well …to dress well…
to behave well… how to confront the problems of the life...

If I sometimes miss memory or am not able to follow a conversation,
leave me the necessary time to recollect and if I do not reach there,
do not become a nervous and arrogant person because the most important
for me,… it is to be with you and to be able to speak to you.

If I refuse to eat, do not force myself!
I know very well when I am hungry and when I am not hungry. .

When my poor legs will not allow me any more to move as before …
Help me in the same way as I held your hands
to learn you make your first steps.

And when one day, I shall say to you that I do not want to live any more …
that I want to die, do not get angry …
because one day, you will also understand !

Try to understand that at certain age, we do not really live any more.
We simply survive!

One day, you will understand that in spite of all my errors,
I always wanted what was best for you and that
I prepared you the ground for when you’ve grown up.

You do not have to feel sad, unfortunate or incompetent
in front of my old age and of my state.
You have to stay near me, try to understand what I live,
to make your best as I did at your birth.

Help me to walk, help me to end my life
with love and patience. The only way that I need
to thank you for it, it is a smile and
a lot of love from you.

I love you …my son, my daughter!
akulabintang
13-12-06, 02:09 PM
Semalam...
kau buat aku menangis
kau buat aku derita
kau buat aku terguris
kau buat aku berduka

Tetapi hari ini..
kau buat aku tertawa
kau buat aku gembira
kau buat aku bahagia
kau buat aku berharap

Mungkinkah esok...
aku akan merasai seperti hari ini
aku akan menerima kasihmu lagi
aku akan mendapat belai manjamu lagi
aku akan mengharap cintamu lagi

Doaku agar segalanya akan kekal seperti hari ini
spgthreelogi
29-12-06, 01:59 AM
ku gemgam kemesraan mu
dalam dadaku
di mana ia bersatu menjadi buah rindu
tetapi tidak pernah aku berkata...
aku cinta kepadamu....
RMteam
04-04-07, 01:38 PM
1 .Sajak yg sedap dan penuh makna sekali

2. Jalan ini,
Jalan berliku,
Jalan hidupku,
Jalan doaku,
Jalan bercahaya,
Jalan ke sana,
Jalan ke sini,
Jalan kepadaNya,
Jalan yg tiada penghujungnya...... Hanya kepadaNya...
bad_clowns
05-04-07, 06:00 PM
Cip kentang buatan amerika

semalam aku melihat mereka ketawa.
semalam aku melihat mereka gembira.
Tapi mengapa hari ini tiada lagi wajah itu.
Tiada lagi keriuhan dijiwa mu..
Yang ku dengar hanya erangan keperitan
Waktu kau hilang segalanya....
Hilang gembiramu..hilang manis diwajah mu...

Aku hanya mampu meratap...
Memerhati dari kaca TV..
Sambil mengunyah cip kentang
Buatan amerika...yang rangup dan menghayalkan

Pagi itu ribuan bom meletus lagi...
Bagai pesta sang syaitan rakus...
Hancur lebur hati si ibu bila melihat anak tak berkaki
Melihat ayah tak benyawa lagi

Tapi aku masih terus mengunyah cip kentang
Buatan amerika yang harum dan sengap itu
Di depan TV yang ku beli dari England

Petang itu syaitan rakus ketawa riang...
Pesta kemanusiaan barselindung di balik kain biru
Burung putih tak berbulu lagi
Lalu sejuk dan kaku bagai patung batu

Cis! Aku jadi marah...lalu ku buka satu lagi cip kentang
Jenama amerika kegemaran ku
lalu ku kunyah dan terus mengunyah
sambil menonton keperitan mereka
yang kian hari kian tenggelam
di sebalik rangupnya bunyi cip kentang

(sajak ni aku cipta sendiri ok tak?)
WINGS
09-04-07, 06:30 PM
hahahahaha...

bad clown....hantam sajalah bai...
welcome back ;-)
harap2 sumbangan ko yg akan datang lebih berbisa..hehehe
GypsyLady
28-04-07, 01:44 AM
Semalam aku bermimpi
datang seorang putera
melafaskan kata-kata cinta nya kepada ku
Dan aku tersadar dari tidurku.

Harum baunya
Masih terasa
Dan diri ini
Sering terbuai akan mimpi itu
Lalu aku sering bertanya
bilakah kita
dapat bertemu lagi....

Wahai sayang ku.
Jika suatu hari nanti.
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
Serulah aku ....
Pasti aku akan segera datang disisi mu
Yang pastinya
Aku akan turut serta berduka menangis bersama sama mu

Wahai sayang ku.
Jika suatu hari nanti
Engkau ingin lari..... berpindah ketempat lain
Serulah aku
Karena aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku.
Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama sama mu

Wahai sayang ku.
Jika suatu hari nanti
Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu
Segeralah datang kepada ku
Kerana ketika itu.
Aku sedang didalam kerinduan
Dan sedang sangat dahaga..akan kasihmu
Memerlukan diri mu dan kehadiran mu!
l'amore
29-04-07, 09:09 PM
assalamualaikum..
mari renungi bersama-sama...serius ni

wahai sahabat seantero dunia, sedarkah diri tuan hamba semua bahawa dunia yang kita sedang layari, sedang kita jijaki ini semakin hari semakin tua usianya?

sedarkah kita semua yang mana kita ini sedang di perhatikan oleh 'yang berhak' bagaimana kita melalui hari demi hari tanpa memanjatkan syukur padaNya?

sedarkah kita semua yang mana kita ini sedang leka dalam nikmat dunia yang sementara?, nikmat yang akan hilang pabila tiba masanya kelak?, saat turunnya DAJAL?, saat di mana dunia akan bergoncang memamah setiap genap isi dalamnya?

sedarkah kita semua ada antara kita masih lagi alpa dan leka meneguk madu dengan rakus tanpa ada kesucian di antaranya?

sedarkah KITA??
BT
01-05-07, 03:35 PM
Dedicated to a special someone....

If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.
BT
01-05-07, 03:37 PM
Your Name

I wrote your name in the sky,
but the wind blew it away.
I wrote your name in the sand,
but the waves washed it away.
I wrote your name in my heart,
and forever it will stay.
BT
01-05-07, 03:53 PM
:12::12::12::12::12::12::12:


You Are Like The Diamond


You are like the diamond
You glimmer and glow
And shine so brightly
Some, like me, draw close
To feel your warmth, your heat
Only to find none

You are like the diamond
You are bright and strong
But you have no warmth, or love
It's a terrible game
To play with people's hearts
Like mine

You are like the diamond
You will last longer than most
But you will have no love
No warmth to back up that bright light
So what kind of life will it be?
Besides long?

Will you regret it someday?
Regret being so much like the diamond
Regret being so cold
And look for me
A find me gone?
Can I ever leave?

No, I can never leave you
I am drawn to this cold light
This false sense of warmth you give
I keep wishing and hoping
That someday, you will give warmth
But, this will never be

Diamonds last forever
BT
01-05-07, 03:56 PM
Alone


Purity once had a name,
And beauty once had a face.
Life once had a meaning,
And once I was safe.
Once there was freedom,
And once I could laugh.
Happiness once was alive,
And once I had another half.
Once I shared her love,
Once I was by her side,
Once I felt I fitted,
So quickly that died.
Her grace so great,
Her beauty so vast,
All I ever wanted,
Was for it to last.
Fate maybe had another plan,
Or maybe she had another love,
But it all fell apart,
The hand too big for the glove.
Now it's all died away,
Happiness, joy, love; all memories.
Now I walk alone in this dark, dark world,
With no light to guide my way.
pakyeop
02-05-07, 03:05 PM
Satu luahan perasaan dari kaum Adam untuk kaum Hawa:

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring
l'amore
02-05-07, 03:14 PM
waaaaaa manyak bagus rrrr u punya poem..2 pom kalau kategori poem rrrr, anyway mana ekkk korang dapat idea tu sume, jeales gua nih, nak gak aku ader idea sekreatif cam korang nih...
citer r sket ok
ad_adrianna
03-05-07, 12:18 AM
for the uninitiated..mesti ade kan one fine morning..ternampak satu sajak..and it really touches you..tak semestinya korang seorang penyajak..

ni aku start..satu sajak yg selalu bikin aku sayu hehe
If..by Rudyard Kiplings..


hmm... sajak If by Rudyard Kipling
atau nama penuh ye Joseph Rudyard Kipling
mmg penuh ngan kata2 nasihat...
kata2 nasihat 2 x semesti ye dr seorg bapa kpd anak lelaki ye....
tp sebagai seorg manusia menasihati manusia yg lain...
infact sajak nie telah d masukkan d dlm syllabus literature PMR...
tp sayang ye.. pelajar skolah hanya belajar sajak nie utk lulus periksa...
mereka x sedar bahawa sajak nie mempunyai kata2 nasihat yg cukup berharga dlm menempuh kehidupan dan menempuh alam dewasa...



mak aiii..Kipling...hehehe..

tabik beb...tinggi permainan ni..

ko follow ke Kipling's works..leh citer skit ttg karya karya beliau yg lain?

Kipling ni yg tulis the Jungle Book kan?

kalu tak silap aku la..


encik Wings...
byk karya hasil beliau tp
The Jungle Book dan The Second Jungle Book antara
karya beliau yg paling terkenal...
byk Kipling yg telah d jd kan cerita klasik utk kanak2....
karya beliau byk berlatang blakang kan pd negara India
d sbb kan keluarga ye menetap d sana kerana bapa ye ialah seorg pengetua dan pensyarah d Jejeebhoy School of Art and Industry d Bombay
ad_adrianna
03-05-07, 12:32 AM
Cat's in the Craddle by Sandy and Harry Chapin


My child arrived just the other day,
He came to the world in the usual way
But there were planes to catch and bills to pay,
He learned to walk while I was away
And he was talking 'for I knew it, and as he grew
He said "I'm gonna be like you, dad, you know I'm gonna be like you"

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon
"When you comin' home dad?" "I don't know when,

But we'll get together then, You know we'll have a good time then"

My son turned ten just the other day
He said "Thanks for the ball dad, come on let's play
Can you teach me to throw"
I said "Not today I got a lot to do" He said "That's OK"
He walked away but his smile never dimmed,
It said I'm gonna be like him, yeah,
You know I'm gonna be like him

Well he came from college just the other day
So much like a man I just had to say
"Son I'm proud of you can you sit for a while?"
He shook his head and he said with a smile,
"What I'd really like dad is to borrow the car keys,
See you later can I have them please?"

I've long since retired, my son's moved away
I called him up just the other day
I said "I'd like to see you if you don't mind"
He said "I'd love to dad if I could find the time,
You see the my new job's a hassle and the kids have the flu
But it's sure nice talkin' to you dad
It's sure nice talkin' to you"
And as I hung up the phone it occurred to me,
He'd grown up just like me
My boy was just like me

And the cat's in the cradle and the silver spoon
Little boy blue and the man in the moon
"When you comin' home son?" "I don't know when,
But we'll get together then, Dad,
We're gonna have a good time then"



cube hayati lirik nie btol2...
sedar x sedar....
kebanyakkan org muda akan lakukan perkara sebegini terhadap org tua mereka sendiri... :cry: :cry:
sebagai contoh... mesti korang tgk iklan petronas mase arie raye arie 2 kan ?
yg lelaki tua d pinggirkan sendiri oleh darah daging dia sendiri... :cry:
harap2 kite x akan buat perkara sebegitu kpd kedua org tua kita yg telah byk bersusah payah membesar kan kita...
ade336
10-05-07, 08:22 PM
selembar malam nirwana

oh malam bawakan aku ke ruang ilusi
untuk ku gambarkan kisah hidupmu
yang jauh entah berlabuh tak ku hiraukan
kini kau tiada ku keresahan

kau datang bertemankan sinaran bintang timur
kekadang hilang biasan cahaya
hilanglah haluan hidupku sebutir masa silam
disingkap tabir waktu tak berhujung

kau muncul rahmat dariNya
tika ku harap kau tiba lagi
mencorak mimpi yg tak pasti
kau pergi rahmat dariNya
utk kita berfikir lagi
siapalah diri di sisiNya

sedarlah teman

sedarlah insan

kita hanyalah

berbumbungkan malam

sehening bayumu meniup siulan
wajah kasih malam yg berliku
kini tiba saatnya waktu suram mu
ku harap esok menatap wajahmu
mengharap ehsan satu keinsafan
bersama kasih satu keagungngan

:tvhappy:
zaxlroses
02-07-07, 02:52 AM
Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda
kuderia
03-07-07, 03:13 PM
Tallest, biggest,longest but..... by Keris Silau - Malaysia Today
Our twin tower is the tallest
Our airport is among the biggest
Our bridge is among the longest
Our court in Jalan Duta is second largest
Despite being the largest, longest and tallest

The maintenance work is the poorest
Our contractors want to complete the fastest
Fixing pipes that are the cheapest
Buying parts that probably the lousiest
Our government buildings are now the dampest
And some dumb MPs will say we are luckiest
Water flow in the house meaning we are bless the most

Our MPs thought they are the smartest
But in reality they are among the dumbest
By making remarks they thought sexiest
Smoking in parliament is very thoughtless
Shouting in parliament is very discourteous
They are probably bunch of uncultivated ruthless
Even though they thought they are cleanest
But Msia corruption index are among the worst
From lowest rank to the highest

Yes the pay rise might be the biggest
But I doubt they are honest
The gift is for BN to remain strongest
Despite all the scandalous cases of dishonest
Voters just being fed with the sweetest

Comments :

Goverment people driving BMW Merc became fatter,
Rakyat kesian pakai public transport became thinner.

They promise improve this and that infrastructures,
But what we get is still empty containers.

Build more tolls say want to make us better,
In the end the toll we pay getting higher.

Big shots do nothing and gain richer,
Us people work like shit pay tax felt poorer.

We always like to complain about these robbers,
Yet we still vote for these bloody suckers.
anggerikdesa
06-07-07, 06:28 PM
Mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri..

Mulai hari ini
Kita jalan sendiri-sendiri
Kisah cinta kita
Cukuplah sampai di sini

Maaf
Waktu untuk mencintaimu telah usai
Telah kuberusaha menempati
Di satu sudut ruangan hatimu

Dan akhirnya aku akur.
Memang kamu..tidak pantas untukku
Kau berubah.

Bukan!! mungkin aku yang berubah.
Ya!! waktu telah merubah aku
Seperti yang kau nyatakan
Semuanya tak sama lagi

Maafkan aku
Telah menghabiskan waktumu, waktuku dan waktu kita
Kerana menganggap apa yang ada itu berharga.
Menghabiskan waktu kita menyatukan kita kembali.

Ternyata
Semua itu hanyalah bungkusan kepura-puraan

Aku sudah lelah dan letih
Bukan!! Bukan aku menyerah kalah dengan cinta aku
Aku hanya memberi jalan untuk sebuah kepastian
Terutama untukku

Sekarang adalah waktuku
Meyakini diriku
Tiada yang salah di aku

Dahulu aku hanya terlalu buta untuk melihat kenyataan ini
Andai bila kita bertemu lagi lepaskan kepura-puraanmu

Aku benci dan mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri..
anggerikdesa
06-07-07, 06:30 PM
Tinggalkan segalanya

Tinggalkan segalanya
Jika itu yang kau mahukan
Jika itu yang kau inginkan
Jika itu yang kau harapkan

Adakah ini satu kepastian
Adakah ini satu kehendak
Tunduk pada keinginan diri
Kenapa Mengapa Bagaimana

Keputusan di tangan mu
Kehendak di fikiran mu
Fikirlah sebaik seada nya
Kerna ia pasti mengubah hala tuju mu

Tanyalah pada jiwa mu
Apa yang kau cari
Apa yang kau harapkan
Apa yang kau citakan

Tanyalah pada alam
Benarkah apa yang kau lakukan
Salahkah apa yang kau miliki
Berdustakah apa yang kelihatan

Di depan mu masih ada cahaya
Di depan mu masih luas terbentang
Di depan mu masih ada bahagia
Di depan mu masih ada harapan

Usah dikenang
Jejak yang kau tinggalkan
Dosa yang kau tangiskan
Hina yang kau abadikan

Tinggalkan segalanya
Jika itu yang kau mahukan
Jika itu yang kau inginkan
Jika itu yang kau harapkan
anggerikdesa
06-07-07, 06:33 PM
Sayang
Andai semalam
Telah menjemput ku pulang
Usahlah kau tangisi
Akan permergian ku

Andai semalam
Telah terpisah dunia kita
Usahlah kau berduka
Iringilah dengan doa restu

Andai semalam
Tiada lagi ucapan mesra
Usahlah kau membenci
Relakan segalanya

Andai hari ini
Jika kau ingin putarkan kembali

Usahlah
Diingati kenangan yang ada
Kerana mungkin hati bertabah lara
Biarlah ia tertanam dijiwa
Biarlah ia luput dari ingatan
Biarlah ia menjadi satu kisah semalam
Yang akan dijadikan panduan
Agar kau tabah untuk hari mendatang.

Jangan ditanya KENAPA
Kerana aku tiada JAWAPANNYA
Anggaplah sebagai TAKDIRNYA
Mungkin hanya sampai DISINI
GypsyLady
08-07-07, 06:59 PM
Sekadar renungan

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

Moral: Tak baik buruk sangka kat orang pompuan...
anggerikdesa
16-07-07, 03:37 PM
Tanpa ku sedari
Ia membakar diri
Bagaimana harus ku padamkan
Semarak api tanpa simpati
Rasa pedih yang menghirisi

Kupaparkan kisah semalam
Agar jadi teladan
Buat teman tersayang
Agar kau tak alpa
Pada keindahan dunia
Sehingga kau terseksa
Dalam pujuk rayu
Dalam belaian mesra

Dan kini aku terasa
Jiwa kosong hati terluka
Kerna panahan asmara
Yang tidak menjanjikan apa-apa
Diam kaku tak terkata
Kerna ikut kata hati
Mencintai sesuatu yang telah dimiliki
eypoi
25-07-07, 04:14 AM
lembut bersinar dlm cahaya malam
diantara kerlap kerlip bintang
menyembul diantara gumpalan
awan kelam

seorang wanita berwajah rupawan
dgn sekerut garis kehidupan
seluas samuderabelaian jemari tangan
selalu bersinar meski hidup tamaram
lembut tutur kata dan ucapan
ibundaku adalah seorang rembulan

ibunda yg kusayang
jauh dimata lekat dalam dakapan
hangat sentuhan masih kuimpikan
dalam relung keheningan malam

ibunda yg kucinta
ingatkah engkau akan anaknda
yg masih penuh lumuran dosa
dulu kubuat amarah mu menyala
namun samudera maafmu tiada tara
selalu pelukan dan belaian yg kau punya

ibunda yg kurindukan
tetaplah bersinar diantara bintang
walau sang awan datang menghadang
kau selalu melekat dlm ingatan
kuukir setiap garis kehidupan
cita dan cinta utk ibunda sayang
dlm hati kubisikan

akulah anak sang rembulan.
gigs
07-08-07, 12:58 PM
SAJAK TYPO.

Disini,
Kita bersama,
Mengenal mesra antara SABAHAT dan SAHABUT
Tidak kira MISKON atau kaya
Kita semua serupa.

Beza antara kita
Mungkin hanya NANA
Ada dipanggil, GIGIS, BID DADDY, INTANAGAL, DOC HILODAY mahupun NUNJA

Tapi di BANGUNANAN di jalan MAPANG ini
Semua itu kita ketepi
Walaupun BERLALINAN peribadi
SAKANG kita satu ideologi
Tidak akan BERTIKAR ganti.

Dalam tema TROPACAL kita bersama
MAKIN-MAKIN apa yang ada
FRIUT tampak memikat rasa
JANGUNG bakar rasanya tiada
PIZZA HUIT pun tidak menjelma
SORONG bakar tidak tersedia
Sambar sajela apa yang SERELA.

Ada yg bersama BIOPREN
Ada yang tinggal di PANDAI dalam
Ada yang hendak bertandang ke MALURU
Ada yang merancang MASLIS selepas MASLIS
Ada yang belum sempat PAKAI TOSEI
Ada yang datang terus dari OPSI
Itulah kita di PATANG ini.

Antara kita ada yang istimewa
GUAS hanya insan biasa
Tapi dia tetap HESNEM jua
Walaupun TYO melingkari hidupnya
Tidak kira dimana jua
Dalam POTING mahupun bicara
Ataupun THRAD yang dibaca
Tidak kira yang diDELTE mahupun terbuka
KEYBORAD jua menjadi mangsa.



gigs
02082007 - KHAMIS
14:48



PS: Untuk tahu maksud sebenar, rajin-rajinla masuk ke THRAD typo.
pakyeop
07-08-07, 01:39 PM
This is so sweet.

Lelaki...,
Jika seorang wanita itu menangis
dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya
lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia
menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang
hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali lagi
menjadi dirinya
yang dulu.

Selamanya....

Seorang wanita tidak akan menangis
dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia
sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis
dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya.

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis
kerana mu,
Tolong pegang tangannya dengan
penuh makna.
Dia adalah orang yang akan tetap
bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau menghancurkan
kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya....

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit
yang dirasakannya?

Pikirkan....
Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu......
anggerikdesa
15-08-07, 06:52 PM
Ya Allah

Entah mengapa aku terkenangkan-Mu di saat-saat begini
Mungkin kerana terikat dengan dosa besar
Tak mungkin Kau mengampuniku

Lantas Kau berikan aku ... dugaan sebegini hebat
Langkah untuk hari esok selalu jadi longlai
Dan aku tahu ini juga balasan dariMu!

Ya ALLAH,

Kiranya aku tahu aku telah jauh dariMu sedikit masa nan lalu
Sudah pasti kumeminta Kau berada di sisiku selalu
Tapi silap ... syaitan menggodaku

Lalu Kau terus "menampar"ku sekuat hati
Hingga sekarang terasa sakit
Tapi paling aku takuti kesakitan itu jadi kian parah
Aku terasa hilang nafas untuk terus hidup!

Ya Allah
Tolong ampunkan dosaku
Tolonglah aku terima taubat ini

Andaikata aku mungkiri janji ...
Aku serahkan seluruh nyawaku untukMu

Aku sanggup Tuhan
Tapi berjanjilah terimalah aku semula sebagai hambaMu

Aku bersumpah atas namaMu
Mementerai janji tidak akan mengulangi dosa semalam

Ya Allah
Tolong aku
Betapa Kau lebih tahu aku sangat perlukanMu di sisiku!
anggerikdesa
15-08-07, 06:59 PM
Dalam jiwa tidak ku tahu mengapa.
Ku cari persoalannya
Kenapa ? dan Mengapa ?
Kini
Ku biarkan saja jawapannya.
Hanya menunggu saat dan ketika
Akan ku selongkar segalanya.
Jawapan dan persoalan menjadi suatu yang pasti.

28 Sept 2005 01:04:16

Kiambang bayangmu di air tenang.
Mencerminkan wajah keriangan.
Namun hatiku dalam kesepian.
Hanya berteman cahaya rembulan.

28 Sept 2005 01:08:05
anggerikdesa
25-09-07, 01:17 PM
Hadir Sebagai Cinta Kedua

Tidak pernah ku pinta
Tidak pernah ku memohon pada-Nya
Mungkin takdir jua akan kehadirannya
Aku bersyukur kerana datangnya
-membawa kasih
-membawa cinta
-membawa harapan

Meski tapak tangan tidak cukup mengalukan
Tapi nyiru telah ku tadahkan

Kerana keyakinan
Pada kata janji yang diberikan
Pada kebaikan yang dilakukan
Pada cumbuan mesra yang dialunkan
Pada pengakuan yang di lafadzkan
Aku percaya...
Cinta ini bukan mengada-ngada
Tetapi rahmat jua
Yang patut aku jaga, jangan sampai dia terluka
Aku menghargai
Seluruh ruang hati yang ada
Namanya ku tinta, yang lain sudah tiada
Aku bersumpah " Dia adalah segala-galanya"

Dalam hanyut dek gelombang asmara
Dalam khayal dek janji dan kata-kata indah
Dalam aku mengorak langkah
Nak memilikinya hingga ke alam rumah tangga

Kiranya aku tersentak
Kepala ku bagai di hentak
Perasaan dan emosiku rosak
Seluruh harapan ku bagai dipijak-pijak
Tak sangka jadi begini
Dia sanggup melukai
Kata-katanya lebih tajam dari pedang Saidina Ali

"SAYANG JANGAN CEMBURU
DIA HADIR TERLEBIH DAHULU, SEBELUM SAYANG DALAM HIDUP KU'
" DIA ADALAH KAWAN...
DIA ADALAH SAHABAT...."

Kalau dulu ketika aku tanyakan
Bukan BENCI padanya...... diyakinkan
dan
Kalau aku tahu
Kehadiran bekas kekasinya, sesuatu yang begitu keramat
Di hati masih bertapak dan masih terpahat
Haram.....aku tak akan berniat
Menerima cinta dan kasih...
Sedangkan telah aku jelaskan berulang kali
Bercinta aku tidak mahu berkongsi
Aku mahu memiliki hati,perasaan,cinta dan body

Meskipun aku terluka
Di hati tu tetap dia
Ucapan selamat tinggal tidak akan ku tutur
Aku serahkan padanya untuk mengatur
' Sesungguhnya aku cuma hadir
bagaikan banduan di penjara hatinya,
dia boleh menjatuhkan hukuman
sesuka hatinya..........aku redha'

Dan.... aku terpaksa akur
Pada peraturan cinta yang telah di atur
Aku cuma hadir sebagai orang kedua
Yang terbaik milik bekas kekasihnya
Yang memang istemewa
Milik ku.... cuma sisa dari cinta pertama

Kini aku redha.................
Jodoh pertemuan ketetapannNya
Aku siapalah juga................................
zulhanif
20-10-07, 10:02 PM
dagang pak malau sudah berlalu
dagang hamba baru muncul
era hang tuah sudah berlalu
era angkasawan baru unggul
zulhanif
22-10-07, 02:39 PM
MADAH CINTA CURAHAN HATI HIDUP DI SINGAPURA

Bukanlah aku pandai sangat nak bermadah!
Nak berpuisi atau nak berpantun...jauh sekali!
Aku hanya ingin menulis sedikit sebanyak tentang apa2 yang telah ku lihat atau ku dengar sepanjang hidupku di Singapura ku ini.

Barangkali ada yang merasa tidak senang dengan tulisanku disini
Namun itu semua adalah resam pelbagai perangai manusia2 yang hidup didunia ini.
Ada yang suka...
Ada yang benci...!

Memang..!
Semenjak wujudnya penulisan blog dialam cyber internet...maka dapatlah sesiapa pun meluahkan isihati dan perasaan mereka dengan menulis di blog2 yang ada dialam cyber ini!
Masing2 dapat meluahkan isihati dan pandangan masing2 tentang apa2 pun didalam kehidupan ini.

Arrrgggghhhhhhhh..!
Indahnya dapat kebebasan untuk menulis dialam cyber!
Indahnya dapat merakamkan getar perasaan hati dengan menulis dialam cyber!
DAN....
Arrgggghhhhhhhhh...!

Kerana itulah aku pun menulis!
Cuba menulis tentang bermacam2 perkara yang telah berlaku di Singapura...!
Walaupun....barangkali ianya hanyalah sebuah fantasi khayalan ku!
zulhanif
22-10-07, 02:43 PM
Bulan Ramadhan dan hari raya idil fitri

Kali ini, kita berpuasa bulan Ramadhan!
Dan dikali ini juga...
Kita akan bersiap sedia menyambut hari raya idil fitri!

Setiap tahun
Bulan Ramadhan bakal mengunjung tiba
Dan pada setiap tahun juga
Hari raya idil fitri bakal disambut sebegitu rupa!

Setiap tahun kita melatih diri hati jiwa kita supaya dapat mengawal hawa nafsu kita.
Dan..setiap tahun juga kita bergembira dihari raya kerana telah berjaya berusaha memperbaiki diri kita dibulan puasa!

Itu pun, jika kita mahu berpuasa!
Itu pun jika kita mahu menyambut hari raya idil fitri!
Itu pun jika kita mahu sebenar2nya menjadi manusia yang berjiwa islam!
Manusia yang berusaha didalam hidup mereka mencari keredaan Tuhan mereka
anggerikdesa
23-10-07, 12:42 AM
Apa ertinya kerinduan ini
Pada seorang teman
Yang tak dapat ku takluki
Hatta jasad ataupun hatinya

Kerana satu kesilapan
Mahligai impian tidak kesampaian
Hentikan sendu dan tangisan
Lupakan semua cerita semalam

Kerana telah tetapkan
Tercipta dirimu untuk dirinya

Sayang
Hargailah dirinya walau aku pernah membahagiakan dirimu di masa lalu
zulhanif
23-10-07, 01:20 PM
Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.

Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.

Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar.

Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?

CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.

Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…
bukit_man
27-10-07, 12:39 PM
cinta!!!!
selamat manusia kerana cinta,
dipandu adat dipandu agama,
apa yang dibuat elok belaka;

kaya manusia kerana cinta,
kekasih beri apa saja asal diminta,
tidak kira pangkat maupun harta;

bahagia manusia kerana cinta,
hati senang, asyik senyum selalu ketawa,
apa dilakukan manis belaka;

ramainya manusia kerana cinta,
siang malam pantang jumpa nak bercengkerama
selalu puas sering bertenaga yang pasti keduanya puas belaka

tapi cinta!!!!!!!!!

kerana cinta manusia sering diancam bahaya,
cacat sini cacat sana dan hilang nyawa,
ancaman menjelma tak kira masa tak kira ketika;

kerana cinta manusia sanggup papa kedana,
poket kosong kad kredit tak boleh guna,
sayangnya apa yang dikorban sia-sia belaka;

kerana cinta manusia merana dan derita,
hilang emak handai taulan dan saudara
maka hidupklah sebatang kara;

kerana cinta manusia menjadi gila,
mandi tak basah tidur tak lena,
menghuni taman bahagia biasa saja;

kerana cinta maruah diri tidak berharga,
sanggup serah apa saja baik jiwa maupun raga,
merosakkan diri memalukan keluarga;

cinta oh cinta...

lahir kamu dalam pelbagai rupa dengan seribu makna
menjelma kamu tidak kira ketika, pangkat ,bangsa dan usia
hadir kamu tidak kira kos dan pengorbanan apa saja

ada cinta sejati berpandu adat berpandu agama
ada cinta palsu penuh muslihat dan pura-pura
ada cinta nafsu serakah pantang lepa hantam saja

wahaiiiiiiiiiii manusia......

oleh itu tepuklah dada tanyalah selera,
jangan ikut hati dan perasaan saja,
suluhlah cermin pandanglah muka;

janganlah kamu ketepikan agama,
ikutlah adat dan nasihat keluarga,
biar berbaloi di hari muka....
iszully
17-12-07, 10:50 PM
SONGSANG

Maafkan aku kerana sering berlaku songsang
Terutama di perayaan tahunan seperti hari ini
Apabila semua orang duduk
aku berdiri
Apabila semua orang berdiri
aku duduk

Orang lain melepaskan merpati
aku belum
Orang lain sudah merdeka
aku belum

Maafkan aku kerana sering berlaku songsang........
Zargo
27-12-07, 11:33 AM
Thinking about you Sitting here thinking about you today,
wishing that you weren't so far away.
A frindship that was created all so soon,
is really starting to bud and bloom.
~
You bring a smile to my face each day,
awith the little messages you send my way.
I hope in the years soon to come,
that our frindship will shine like the sun.
~
We share a special kind of love,
blessed by that of the Lord above.
Forever friends we will stay,
never allowing our bond to fray.
~
In my heart you will always stay,
as I cherish our frindship everyday.
Take my hand my dear friend,
and friends we will remain to the end.
~
I will lift you up when your feeling down,
giving you a smile to replace that frown.
Just as I know you would do for me,
without friends where would we be.

(it wasn't me)
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2012 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.

Tidak ada komentar: